Followers

Monday 20 January 2014

Masalah lah sangat...



Masalah??

Ada orang pernah cakap kat saya.

Orang tu: "Seronok tengok herda, macam takda masalah nak fikir. Tengok status FB best je. Bisnes pun best. Hidup pun senang je tengok. Nak jadi macam herda lah"

Ermmmmm...

Kalau nak di ceritakan seronok dan tak seronok, nanti yang tak seronok je best di dengar. Setiap orang ada masalah. Masalah, masalah, masalah adalah perkara yang seronok di dengar dan tak seronok di hadapi. Betul???

Buat apa saya nak share masalah saya pada semua orang. Berat mata memandang, berat bahu di pikul adalah peribahasa yang sesuai. Saya share pada orang tertentu dan yang faham sahaja. Kerana masalah adalah sesuatu yang 'seorang' boleh terima dan 'ramai orang' tidak boleh terima.

Bila ada masalah biasalah untuk penerimaan pertama selalunya jiwa akan kacau. Rasa macam 'this is the end of the world!!'. Rasa macam, aku tak sanggup dah. Aku taknak dah!!! Saya juga macam tu.

Penerimaan seseorang berlainan. Otak di ciptakan Allah untuk menerima baik dan buruk. Masalah selalunya yang pertama kita akan fikir tentang keburukan saja dan ia membawa kesan kepada pendirian kita yang negatif.

Tapi...

Kalau kita berjaya mengawal diri kita, lama-kelamaan kita berfikir secara rasional. Lama-lama baru saya tersedar yang "MASALAH = IDEA". Dulu saya selalu fikir masalah akan membawa kepada kejatuhan, keburukan & kepincangan. Perkataan pertama yang keluar dari mulut saya bila saya menghadapi masalah ialah "Ini bukan salah aku!!". Bodoh kan???

Allah menguji kita dengan masalah bukan untuk menyusahkan kita. Tapi masalah itu memberikan kita idea untuk kita teruskan kehidupan. Macamana kita nak selesaikan sesuatu perkara sama dengan MASALAH. IDEA adalah cara untuk menyelesaikan sesuatu perkara. Idea inilah yang akan menjadikan kita HIDUP LUAR BIASA!

Idea tidak akan muncul bila kita takda masalah. Contoh masalah HUTANG. Perkataan paling gerun untuk di sebut di kala ini. Kalau otak tidak berfikir rasional, masalah yang sama tetap ada dan berterusan. Tetapi kalau masalah hutang ini di fikir secara rasional dan kita cari jalan untuk selesaikan itu adalah idea. Idea inilah yang akan menambah nilai hidup kita dan orang lain. Kenapa???

Contoh Hutang. Tak kisah la hutang apa tapi masalahnya adalah sama. Kalau fikir hutang nanti mati, hutang nanti tak makan. Tak selesailah masalah. Tapi kalau usaha dan fikir 1 sahaja idea yang hebat untuk selesaikan hutang, bukankah ia juga akan menambah nilai dan membantu orang lain yang ada masalah tadi? Bahkan masalah hutang yang seterusnya dapat di elakkan kerana Idea dah ada.

Pengajaran yang saya perolehi. Masalah yang saya hadapi seperti orang lain juga. Saya juga mengeluh, mengherdik, menangis & merintih bila menghadapi masalah. Tetapi, ia membuka minda saya bahawa jangan jadikan masalah yang Allah berikan ini sebagai bebanan kehidupan. Memang masalah itu menekan jiwa. Luahkan mungkin ia dapat mengurangkan tekanan. Tutup muka dengan bantal dan menjerit pun boleh tapi jangan sampai lemas. :)

Kongsi masalah dengan orang yang boleh di percayai kerana, masalah yang ada perlu di kongsi agar idea dapat di perolehi. Jadikan MASALAH menjadi IDEA. Minta pendapat orang lain agar kita dapat berfikir secara rasional. Setiap masalah dan ujian Allah berikan adalah pengalaman dan pengajaran. Ia juga menjadikan kita orang yang ingin menuntut ilmu. Kerana bila kita ada masalah, kita akan menjadi seorang yang ingin lebih tahu.

Kita bukan manusia sempurna. Jadikan MASALAH = IDEA. Jangan jadikan MASALAH = MASALAH.  

--------------------------------------------------------

Sekadar pendapat peribadi :)


0 comments:

Post a Comment

© 2011 Surirumah Luar Biasa, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena