Followers

Monday 20 January 2014

Pengalaman Ciput

Pengalaman berniaga:

Boleh di katakan saya ni memang tak serik berniaga. Macam-macam dah buat. Kalau saya bekerja pun, saya terpaksa buat company tu macam saya punya sendiri.

Dulu pernah kerja dengan bos jepun. Tahan 2 bulan je. Apa taknya, mesin photostat baru sampai, saya dok godek-godek sampai saya kena ajar orang kat situ cara nak guna. Manager saya panggil. Dia cakap, "Herda, lepas ni you travel boleh ka. Kerja luar. Dalam seminggu turun 2-3 hari. U belajar kerja luar pula. Turun putrajaya".

Pulak dah. Mula-mula fikir seronok sebab gaji sure dah lain. Tapi memikirkan anak-anak dan suami. Saya terpaksa berhenti. Ye laa saya ni lak jenis family women, kerja tupun sebab nak rasa kerja. Alih-alih, kembali pada diri saya sendiri yang suka berniaga.

Saya lak jenis tak kisah susah ke senang ke. Janji buat. Resultnya saya tak kisah sangat asalkan saya tau apa yang jadi lepas tu. Kalau saya tak buat saya tak pus hati sebab saya nak tau apa yang jadi.

Saya ni memang degil. Kalau orang kata jangan, saya buat juga. Malas tu biasalah tapi kalau dah rajin terlebih sangat.

Kenagan berniaga yang tak pernah saya lupakan ialah Berniaga Kuih Talam waktu bulan puasa. Memang kenangan sungguh. Sejak tu la saya jadi tak serik nak berniaga. Saya yakin setiap usaha ada ganjaran yang baik dari Allah.

Masa tu anak saya baru dua orang. Kecik lagi. Sebab minat berniaga saya gagahkan juga. Pagi-pagi saya dah bangun menyiapkan anak-anak sebelum saya hantar ke pengasuh. Masa tu Ramadan 2009.

Lepas hantar anak-anak saya Aiman dan Airel, saya siap-siap kat rumah buat kuih talam. Berwap sungguh rumah saya macam rumah sauna. Saya buat 8 talam. Pastu buat kek coklat sebiji.

Penat toksah cerita la. Tapi saya buat dek je. Saya fikir nak cari rezeki. Muka anak suami terbayang. Pastu dah siap semua lepas Asar saya usung payung, meja lipat, semua kuih masuk dalam kereta.

Masa tu niaga depan taman perumahan rumah saya je. Hari pertama berniaga saya gagahkan diri jual sendiri. Malu?? Buat apa nak malu. Kalau malu toksah niaga. Mula-mula memang la malu. Tapi bagi saya kalau nak berniaga yang pertama JANGAN MALU.

Saya pun buka payung. Susun meja. Susun kuih. Duduk la sementara ada orang datang beli. Tiba-tiba datang sorang beli. Alhamdulillah seronok tak terkata.

Pastu datang yang kedua, ketiga, kesepuluh. Penat saya mengukus kuih berbaloi. Saya orang pertama yang habis jualan hari tu. Untung sikit ka banyak saya tak berkira. Bagi saya rezeki dan pengalaman saya hari tu amat bermakna.

Saya teruskan berniaga selepas itu. Ada satu hari tu saya berniaga hujan lebat sungguh. Sampai payung saya terbang. Nasib la jiran berniaga saya sempat tolong saya tahan payung tu kalau tak dengan saya-saya ikut terbang. Dalam hujan-hujan lebat tu juga ada pelanggan beli macam drive-thru. Dok parking rapat kat gerai saya buka cermin kereta nak beli. Saya kata "Bang kuih kena hujan sikit". Dia jawab "Takpa dik, boleh makan lagi". Saya terharu masa tu.

Bila balik hilang segala penat lelah. Walaupun keletihan tapi bila tengok wajah anak-anak dan suami seronok. Hilang keluh kesah.

Itulah pengalaman yang saya tak leh lupa. Berniaga ni memang banyak cabaran. Lagi-lagi menjadi ibu dan isteri. Oleh itu kepada ahli keluarga terutama suami. Janganlah mengeluh jika isteri anda semua ingin berniaga. Walaupun anda tidak membantu sepenuhnya, sokonglah mereka. Cukuplah sekadar dengan ucapan "Saya redha dan doakan awak". Percayalah isteri anda semua berniaga kerana anda!

Contohilah Rasululullah SAW yang membantu isterinya Khadijah dalam berniaga dan bekerja. Janganlah memandang isteri itu mengejar harta benda. Sebenarnya, mereka lakukan demi untuk menambah nilai hidup keluarga.

Dan kepada isteri dan ibu di luar sana. Bersyukur atas apa yang ada. Redha dan terima ujian dari Alah kepada kita. Kita wanita ni banyak ujian sebab Allah sayangkan kita. Jangan kita berputus asa. Jika kita berniaga, tak kiralah kita berniaga apa pun. Tidak kiralah kita bekerja atau surirumah. Betulkan niat kita. Usaha memerlukan masa. Jadikan pengalaman sebagai pengajaran. Allah sentiasa bersama kita. Setiap usaha yang kita buat walaupun kecil, Allah janjikan ganjaran.

Kalau nak dapat apa yang kita nak, kita kena buat dan usahakan. Kalau tak buat tak dapat lah. Jangan merungut. Nanti rezeki hanyut.
Read More

Masalah lah sangat...



Masalah??

Ada orang pernah cakap kat saya.

Orang tu: "Seronok tengok herda, macam takda masalah nak fikir. Tengok status FB best je. Bisnes pun best. Hidup pun senang je tengok. Nak jadi macam herda lah"

Ermmmmm...

Kalau nak di ceritakan seronok dan tak seronok, nanti yang tak seronok je best di dengar. Setiap orang ada masalah. Masalah, masalah, masalah adalah perkara yang seronok di dengar dan tak seronok di hadapi. Betul???

Buat apa saya nak share masalah saya pada semua orang. Berat mata memandang, berat bahu di pikul adalah peribahasa yang sesuai. Saya share pada orang tertentu dan yang faham sahaja. Kerana masalah adalah sesuatu yang 'seorang' boleh terima dan 'ramai orang' tidak boleh terima.

Bila ada masalah biasalah untuk penerimaan pertama selalunya jiwa akan kacau. Rasa macam 'this is the end of the world!!'. Rasa macam, aku tak sanggup dah. Aku taknak dah!!! Saya juga macam tu.

Penerimaan seseorang berlainan. Otak di ciptakan Allah untuk menerima baik dan buruk. Masalah selalunya yang pertama kita akan fikir tentang keburukan saja dan ia membawa kesan kepada pendirian kita yang negatif.

Tapi...

Kalau kita berjaya mengawal diri kita, lama-kelamaan kita berfikir secara rasional. Lama-lama baru saya tersedar yang "MASALAH = IDEA". Dulu saya selalu fikir masalah akan membawa kepada kejatuhan, keburukan & kepincangan. Perkataan pertama yang keluar dari mulut saya bila saya menghadapi masalah ialah "Ini bukan salah aku!!". Bodoh kan???

Allah menguji kita dengan masalah bukan untuk menyusahkan kita. Tapi masalah itu memberikan kita idea untuk kita teruskan kehidupan. Macamana kita nak selesaikan sesuatu perkara sama dengan MASALAH. IDEA adalah cara untuk menyelesaikan sesuatu perkara. Idea inilah yang akan menjadikan kita HIDUP LUAR BIASA!

Idea tidak akan muncul bila kita takda masalah. Contoh masalah HUTANG. Perkataan paling gerun untuk di sebut di kala ini. Kalau otak tidak berfikir rasional, masalah yang sama tetap ada dan berterusan. Tetapi kalau masalah hutang ini di fikir secara rasional dan kita cari jalan untuk selesaikan itu adalah idea. Idea inilah yang akan menambah nilai hidup kita dan orang lain. Kenapa???

Contoh Hutang. Tak kisah la hutang apa tapi masalahnya adalah sama. Kalau fikir hutang nanti mati, hutang nanti tak makan. Tak selesailah masalah. Tapi kalau usaha dan fikir 1 sahaja idea yang hebat untuk selesaikan hutang, bukankah ia juga akan menambah nilai dan membantu orang lain yang ada masalah tadi? Bahkan masalah hutang yang seterusnya dapat di elakkan kerana Idea dah ada.

Pengajaran yang saya perolehi. Masalah yang saya hadapi seperti orang lain juga. Saya juga mengeluh, mengherdik, menangis & merintih bila menghadapi masalah. Tetapi, ia membuka minda saya bahawa jangan jadikan masalah yang Allah berikan ini sebagai bebanan kehidupan. Memang masalah itu menekan jiwa. Luahkan mungkin ia dapat mengurangkan tekanan. Tutup muka dengan bantal dan menjerit pun boleh tapi jangan sampai lemas. :)

Kongsi masalah dengan orang yang boleh di percayai kerana, masalah yang ada perlu di kongsi agar idea dapat di perolehi. Jadikan MASALAH menjadi IDEA. Minta pendapat orang lain agar kita dapat berfikir secara rasional. Setiap masalah dan ujian Allah berikan adalah pengalaman dan pengajaran. Ia juga menjadikan kita orang yang ingin menuntut ilmu. Kerana bila kita ada masalah, kita akan menjadi seorang yang ingin lebih tahu.

Kita bukan manusia sempurna. Jadikan MASALAH = IDEA. Jangan jadikan MASALAH = MASALAH.  

--------------------------------------------------------

Sekadar pendapat peribadi :)


Read More

© 2011 Surirumah Luar Biasa, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena