Followers

Monday 30 September 2013

Assalamualaikum..


Assalamualaikum semua. Terima kasih kerana 'melayan' blog saya. Sudah lama saya tidak menulis dan berkongsi. Al-maklum, tiada alasan lain lagi kalau tak 'b.z body'. Tidak la sesibuk mana, tapi tak tahu nak berkongsi apa. Tetapi selepas saya membaca sebuah buku hasil tulisan Dato' Abdul Jalil Ali berjudul Cendol Pulut Santan Lebih, saya terus jatuh cinta semula untuk menulis. Kata beliau melaui buku tersebut. "Kalau kita beri orang satu idea, mungkin dia akan beri kita dua atau tiga idea. Lagipun bagi idea pada orang bukan keluar modal, cuma keluar air liur!". Ya betul!

Saya menulis kerana saya suka bercerita. Kadang-kadang saya ada cerita yang ingin saya ceritakan tapi tiada siapa yang ingin mendengar, jadi apa salahnya saya menulis dan orang lain baca saja. Siapa yang tak nak baca, takpalah. Yang mula membaca, terima kasih kerana anda sudah tahu 'rahsia' saya. Saya menulis seperti saya bercakap. Ada noktah, ada koma, ada tanda seruan, ada tanda soal. Kalau berborak tu, orang kata macam senapang M16. Tak berhenti melainkan orang lain yang suruh berhenti. Salah satu cara lain supaya hobi bercakap saya ni di teruskan ialah, menulis dan bercerita apa sahaja yang saya alami, saya dengar, saya lihat dan saya baca.

Oleh itu lahirlah blog baru saya ini yang saya namakan sebagai SURIRUMAH LUAR BIASA. Wah tajuk nya memang luar biasa kan. Ada yang tiba-tiba angkat kening tanda pelik bin ajaib. Tak payah nak pelik sangat dik, cerita kita semua lebih kurang sama ja tetapi bila sebut SURIRUMAH. Pelbagai tanggapan telah di labelkan. Kenapa Surirumah Luar Biasa? Jawapan pertama. SAYA SEORANG SURIRUMAH. Jawapan kedua?? Jawapan sama seperti soalan pertama tapi tambah LUAR BIASA dihujungnya. Cerita blog saya ini mungkin lain dari yang lain kerana, surirumah mempunyai cerita yang sangat istimewa. Teruskan membaca, manalah tau dapat menghiburkan hati anda semua. Mungkin juga ada yang menyampah membacanya pun saya terima kerana, tiada cerita yang 'perfect' melainkan ia dari hasil nukilan ikhlas seseorang itu.

SELAMAT MEMBACA..



 

1 comments:

AzuraRuseli said...

Nice Blog. akak buat sendiri ke. selalu follow akak di FB jer. seronok baca perkongsian akak. Thumbs UPPPP

Post a Comment

© 2011 Surirumah Luar Biasa, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena