Followers

Tuesday 8 October 2013

Surirumah Oh! Surirumah..



Surirumah sekarang suka buat yang luar biasa. Mungkin kerana zaman telah bertukar. Mungkin juga kehendak diri, dan peredaran masa surirumah sekarang terpaksa jadi luar biasa. Tapi semestinya kalau dah nama pun surirumah, tidak kiralah yang bekerja atau duduk di rumah, yang pasti ada sahaja benda yang nak di buat lebih dari satu. Malah surirumah sekarang dah pandai cari duit lebih. Bukan setakat RM2-RM10 saja hasilnya tapi...ada yang sampai boleh pergi bawa keluarga bercuti. Beli rantai emas dengan duit sendiri. Beli kereta. Beli Rumah. Bukan nak menjatuhkan martabat suami, tapi hakikatnya ini yang berlaku. Dan suami-suami semua harus berbangga. Jangan rasa di pijak kepala ya.

Wah hebat! Memang hebat! Ada juga segelintir sang lelaki yang pelik bila terjadi perkara seperti ini. Kata mereka..."Orang perempuan ni jual apa saja pun laku". Wah bang, ayat tu universal tu. Cuba spesifik kan sikit. Salah sebut melekat kasut tinggi 5 inci kat belakang telinga nanti. "Eh bukan jual 'apa' saja, tapi orang perempuan pandai berniaga. Walaupun berniaga benda yang sama tapi sama-sama tolong". "Berniaga tu kan bagus bang. Sunnah Rasulullah SAW. Lagipun, sumber rezeki utama adalah melalui berniaga. Jadi apa salahnya kami suri-suri rumah ni berniaga tambah pendapatan. Kuranglah beban sang suami nak bayar bil air, bil astro, bayar kereta bulan-bulan, beli pampers susu anak. Kami surirumah ni tak minta apa bang. Modal?? Tak payah risau, air liur kami dah ada dah untuk modal pertama. Kami cuma mahukan......SOKONGAN PADU dari sang-sang suami saja. Suami kata 'ON!!!', kami semua seronok. Bila jiwa isteri seronok, rumah tangga pun bahagia. Pahala besar bang kalau buat hati bini seronok. Betul tak bang?"


Haaa kan saya kata. Kalau dah nama pun perempuan, sang lelaki kata sepatah, kami berpatah-patah. Selalunya jawapan streotype dari cik abang hanyalah..."Ye lah........". Tak pun hanya kepala bergoyang-goyang atas bawah. Yang lagi syahdu...tiada jawapan tapi hanya hembusan asap rokok sambil buat hidung kembang kuncup. Hurmm..Jangan Marah Ya Bang..Ingatlah Orang Tersayang.. :)

Orang Perempuan ni terutamanya bila dah jadi seorang isteri dan ibu, bukan wang ringgit yang kami utamakan. Tapi sokongan, pujian dan kata-kata semangat. Sebut "Minah ni bagus la. Pandai masak. Sedap.". Tak percaya, cuba try tengok. Mesti 'Minah' masak walaupun tak hari-hari tapi setiap kali masak 'Minah' masak menu 5 star. Bukan untuk diri sendiri makan tapi untuk keluarga makan. Bila dah habis masak (Selain dari tangkap gambar masuk dalam Instagram tag di Facebook), masa makan, mesti kami tanya. "Bang, sedap tak. Maaf la ya kalau ada rasa kurang". Betul tak puan-puan??. Kami bukan saja-saja tanya tau, kami nak dengar feedback dan kata-kata pujian sebab...bila lepas dengar kata-kata indah dari suami, kami dapat satu perasaan yang tak dapat di gambarjan. Rasa kuat untuk terus berusaha lebih lagi. Kami faham, orang lelaki ni straight forward. Kalau masin..masin jawabnya. Kalau tawar..tawar juga. Tapi 'cover-cover' la bang..supaya jiwa sensitif kami ni dapat di kawal.

Ok, bertemu lagi pada cerita akan datang. Jenguk-jenguk Facebook saya ya. Boleh lihat di bahagian menu. Sudilah 'LIKE'. Jaga diri semua.

--------------------------------------------

https://www.facebook.com/mamaherdachoccakeMHCC

  

5 comments:

Unknown said...

btol tu kak..mcm nana sndri ni wlupon msih keje mkn gji,ttp kpala ni tetap cari idea utk tmbah rezki family..skrg ni ad la wat kek skit2.. dpt la tmbah2 duit bayar tu byr ni..klo tgh buln bole la cover duit bnje smpi hujung bulan..

Mama Herda said...

Dato' Maznah Iron Lady kita pesan..ORANG PEREMPUAN KENA NIAGA! JUAL 1 BARANG PUN JADI LA!!

Unknown said...

Betol tu kak Her!Rezki tu allah da turunkan & lorongkan pada kita dlm berbgai2 bentuk..cuma tggal kita cari & usahakan dgn sbaik mgkin..nana dlu pn wat kek ni pn utk suke2 mkn sndri je kak..mula2 husbnd cam xbpe nak myokong la..tp sy ttap kuatkan hati..alhamdulillah niat baik sy dpt sokongan penuh dari dia..malahan dia jugak la mjadi driver,funder,tkg tester n accountant sy..heheheh..mklum la klo sy yg jadi pnyimpan kira2,alamatnye berjoli sakan la jwb nye...huhuhuhu...syukur dia myokong saya.. :)

Dalilayusf said...

he2 samalah, rasa terawang2 di langit bila dipuji, he2..tak bayar gaji pun tak pe, janji puji banyak2 ..

Unknown said...

suri rumah pun sekarang ramai yang kerja online/. saya ada jumpa ramai juga yang kerja macam saya sebagai freelance. saya ada menulis serba sedikit pasal pengalaman saya. jemput ke blog saya utk idea admin

[Jemput ke blog saya untuk tips Kerja Part Time Online]

Post a Comment

© 2011 Surirumah Luar Biasa, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena